( BERITA DUKA ) Telah wafat al Ustadz Rasul ialah Rasul Bin Dahri bin Saem bin Mohsen.

( BERITA DUKA )
Telah wafat al Ustadz Rasul ialah Rasul Bin Dahri bin Saem bin Mohsen.
Seorang da’i Malaysia berkewarganegaraan Singapura Ayah beliau berketurunan Bugis dilahirkan di Indonesia dan ibunya berketurunan Cina lahir di Muar, Johor.
Ustaz Rasul bin Dahri dilahirkan di Singapura pada 27 Mei 1953. Beliau masih memegang kewarganegaraan Singapura, menetap di Johor Bahru, Malaysia. Dianugerahkan empat belas orang anak dan isterinya berwarganegara Malaysia dan semua mereka menetap di Malaysia.
Bekas penuntut Madrasah al-Juned al-Islamiyah Singapura. Melanjutkan pengajian ke Madrasah al-Masyhur al-Islamiyah Pulau Pinang, Malaysia dan kemudian menyambung pengajiannya ke Ma’had al-Haram, Mekah al-Mukarramah.
Belajar Bahasa Arab di Universiti King Abdul Aziz, Arab Saudi dan menuntut di Universiti Ummul Qura dalam bidang Syariah, Dakwah & Usuluddin. Beliau berada di Mekah, Arab Saudi selama sebelas tahun dari 1973 hingga tahun 1984.
Mari bersama – sama kita berdo’a untuk al Ustadz rahimahullaah :
Allaahummaghfirlahu warhamhu waafihi wafuanhu
Semoga Allaah terangi kuburnya, berikan nikmat kubur dan di masukan ke Surga Firdaus aamiin.
.
Mungkin gambar 1 orang, kerudung dan teks

Leave a Reply

Your email address will not be published.

1
Sapa Kami, Terhubung WA Admin
Ahlan wa sahlan, Anda bisa kirim pesan disini !